zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemalangan elektrik membabitkan orang awam di Jalan Abas, Kapar, hari ini bukan berlaku di pepasangan milik TNB.
TNB dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan berlaku di sebuah 'Link Box 33kV' milik pihak ketiga iaitu Worldwide Envirogreen Sdn Bhd.
Syarikat itu berkata, maklumat mengenai kejadian terbabit diterima kira-kira 10 pagi dan pasukan teknikal digerakkan ke lokasi.
"Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme. TNB akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut.








