SHAH ALAM - Kemalangan elektrik membabitkan seorang orang awam di sebuah Link Box 33kV di Jalan Abas, Kapar, Klang pada Ahad berlaku pada pepasangan milik pihak ketiga, bukannya milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).TNB dalam kenyataannya berkata, maklumat mengenai kejadian tersebut diterima pada kira-kira jam 10 pagi dan pasukan teknikal telah digerakkan ke lokasi."Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme."TNB akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut," katanya ketika mengesahkan perkara berkenaan yang dikongsikan di Facebook TNB Careline pada Ahad.Terdahulu, polis mengesahkan seorang lelaki ditemukan maut akibat terkena renjatan elektrik, disyaki ketika cuba mencuri kabel elektrik.Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramsay Embol, mayat warganegara tempatan berusia lingkungan 40-an itu ditemukan orang awam sebelum anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.Mengulas lanjut TNB turut meminta orang ramai supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
Kemalangan elektrik di Kapar bukan pepasangan milik TNB

Key takeaways
A power outage occurred at a 33kV link box in Kapar, Klang, involving a third-party power line, not TNB's.
- A man was found dead at the scene, suspected of being electrocuted while trying to steal electricity.
- TNB was informed of the incident at around 10am and sent a technical team to the location.
- TNB is cooperating with authorities in the investigation.
- TNB warned the public not to touch or approach power lines as it can cause serious injury or death.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kemalangan elektrik di Kapar bukan pepasangan milik TNB (this story)








