audreymd@nst.com.my

Georgetown: Usaha memperkukuh keselamatan di sekolah akan diperluas dengan pembabitan lebih ramai pakar bagi mengenal pasti kelemahan dan menambah baik langkah sedia ada, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kementerian sejak Oktober tahun lalu bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, kumpulan guru dan pemimpin sekolah serta Yayasan Chow Kit menerusi Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.

Katanya, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) turut terbabit dalam audit keselamatan sekolah dan latihan.