mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Penuntut berdepan detik mencemaskan selepas tiba-tiba dipeluk dari belakang sebelum dicabul lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat kelas Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Lim Xin Thong, 20, dalam perjalanan pulang berhampiran sebuah perhentian bas di kawasan Pantai Valley, Bangsar, di sini.
Lim berkata, ketika kejadian hujan dan dia sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat kelas pengajian.
"Saya tidak menyedari sesiapa mengekori ketika itu kerana hujan.










