KUALA LUMPUR - Seorang gadis menempuh detik mencemaskan apabila dicabul individu tidak dikenali di Jalan Pantai Sentral berhampiran Ice Gallery di sini pada Selasa.Mangsa yang merupakan pelajar sebuah kolej berusia 20 tahun itu sedang berjalan kaki selepas turun dari bas di Jalan Pantai Murni sebelum didatangi suspek dari arah belakang kira-kira jam 8.15 malam.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, suspek yang memakai kemeja-T hitam dan berbadan gempal kemudian memeluk mangsa sebelum memegang bahagian dada mangsa menggunakan kedua-dua tangan."Suspek turut menyentuh bahagian kemaluan mangsa sebanyak empat kali sebelum melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta bantuan."Semasa kejadian, telefon bimbit mangsa terjatuh sebelum ditemui dan diserahkan kepada pengawal keselamatan di kediamannya kira-kira jam 8.40 malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, pengawal keselamatan memaklumkan telefon berkenaan dihantar oleh dua lelaki warga Bangladesh."Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.