am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Lelaki tempatan yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau cedera di kepala selepas terkena satu das tembakan dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Gertak Merah, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta Honda City yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu selepas didapati memandu secara melulu, merempuh kenderaan awam dan enggan berhenti apabila diarahkan.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Suspek memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya dan mengancam nyawa orang awam, ia memaksa polis melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan berkenaan selepas dikejar sejauh satu kilometer.