news@nst.com.my
Kota Kinabalu: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa beliau tidak percaya anak perempuannya itu membunuh diri.
Noraidah Lamat, 46, menegaskan perkara itu ketika disoal peguam Datuk Ram Singh sama ada kematian Zara berkemungkinan akibat bunuh diri, merujuk kepada keterangan pakar yang mencadangkan bahawa mangsa tidak ditolak dan kejatuhannya mungkin atas kerelaan sendiri.
"Saya tidak percaya (Zara membunuh diri)," katanya ketika memberi keterangan pada prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Ram turut merujuk penyataan saksi Noraidah yang menyatakan Zara tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan sebelum kejadian.








