Putrajaya: Malaysia dan Mesir berhasrat memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan melangkaui pengajian Islam.

Ia merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama pendidikan meliputi pelbagai disiplin selaras dengan peningkatan permintaan terhadap kepakaran dalam bidang teknikal dan profesional.

"Saya sudah memberitahu Presiden (El-Sisi) bahawa pendidikan di Mesir bukan hanya tertumpu kepada Universiti Al-Azhar, yang kekal penting dalam pendidikan Islam. Tetapi negara itu turut mengembangkan bidang elektrik dan elektronik, teknologi digital, AI, kejuruteraan dan perubatan.