ANKARA: Turkiye menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun mulai 1 November ini, sekali gus menyertai beberapa negara yang memperketat kawalan terhadap platform dalam talian demi melindungi golongan muda.
Keputusan itu disiarkan dalam Warta Rasmi kerajaan pada Sabtu selepas Parlimen meluluskan undang-undang berkenaan pada April lalu.
Undang-undang itu mewajibkan penyedia platform media sosial mengambil langkah teknikal dan pentadbiran, termasuk pengesahan umur, bagi memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak dilaksanakan.
Ia turut menetapkan tiada perkhidmatan yang berpotensi menimbulkan kesan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak boleh ditawarkan.








