SHAH ALAM - Pendedahan terbaharu membabitkan seorang pemuda Melayu berusia 21 tahun yang didakwa mengamalkan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) menggemparkan masyarakat.Pendedahan itu dibuat satu per satu menerusi hantaran Facebook yang menggunakan nama akaun Masyitah Ashari sejak tiga hari lalu.Menerusi hantaran berkenaan, individu terbabit didakwa dilahirkan sebagai Muslim dan berasal daripada keluarga Melayu."Dia telah merantau ke pelbagai negara dan terlibat melakukan pelbagai ritual keagamaan. Dia mengaku dirinya seorang pawang, boleh jampi pesakit menggunakan mantera Siam dan meruqyah dengan zikir."Inilah bahaya ajaran 'New Age'. Penghujungnya akan membawa manusia menerima ajaran spiritual seluruh dunia dan menganggap semua agama adalah sama."Lebih teruk lagi apabila mereka mencampuradukkan semua fahaman sambil mendakwa dirinya masih Islam," katanya pada Khamis.Pemuda itu juga didakwa memasang impian untuk menjadi seorang spiritualis sejak kecil lagi, bahkan mempelajari ajaran spiritual merentasi agama antaranya Hindu selain berpakaian dan beramal persis mengikut fahaman berkenaan.Hantaran tiga hari lalu pada mulanya dimuat naik sebagai 'hint' sehingga akhirnya akaun Facebook berkenaan mendedahkan nama sebenar sambil memuat naik beberapa gambar bukti.Berdasarkan perkongsian terbaharu, pemilik akaun Facebook Masyitah Ashari turut mendakwa pemuda terbabit turut terlibat melakukan ritual perayaan di sebuah kuil di Batu Caves, Selangor.Tersebar beberapa keping gambar memaparkan dia sedang menjunjung berhala di atas kepala, mencucuk lidah dan pipinya dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku sambil menaiki tangga kuil pada hari perayaan Thaipusam.Bukan itu sahaja, perbuatan syirik pemuda terbabit dipercayai disokong kuat oleh ibu dan adik perempuannya yang juga pelakon muda sedang meningkat naik.Pendedahan tergempar sedemikian mengundang rasa amarah dalam kalangan warga maya lebih-lebih masyarakat Melayu Islam.Setakat ini, belum ada respons lanjut daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) mahupun kenyataan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Remaja Melayu didakwa terlibat ritual pelbagai agama

Key takeaways
Seorang lelaki Melayu berusia 21 tahun didakwa terlibat dalam pelbagai ritual keagamaan dan ajaran New Age.
- Individu itu didakwa mengamalkan ritual, ramalan kad Tarot dan ajaran New Age.
- Dia dilaporkan mengaku sebagai pawang dan menggunakan mantera Siam untuk meruqyah.
- Hantaran Facebook mendedahkan keterlibatannya dalam pelbagai fahaman spiritual.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 2 remaja didakwa esok berkait kematian pelajar di Kuala Pilah
- Berita Harian Dua remaja didakwa bunuh junior
- Sinar Harian Remaja Melayu didakwa terlibat ritual pelbagai agama (this story)








