PETALING JAYA: Dua pelajar yang ditahan berkait kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret esok.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata kedua-dua suspek lelaki berusia 16 tahun itu akan berdepan tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri dan arahan tuduh suspek pertama dan kedua mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.







