am@hmetro.com.my

Seremban: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah sukan pada 25 September lalu dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Berhubung perkembangan siasatan kematian pelajar lelaki berusia 14 tahun hujung bulan lalu, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan.

"Arahan tuduh kedua suspek pertama dan kedua mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.