PUTRAJAYA: Semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dan program keramaian di kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 diarahkan dihentikan serta-merta susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di seluruh negara juga diarahkan memantau rapat keadaan jerebu di lokasi masing-masing bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
“KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan situasi jerebu di luar jangkaan










