am@hmetro.com.my
Tawau: Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun, semalam bagi membantu siasatan dakwaan rogol remaja perempuan berusia 15 tahun pada 4 Oktober lalu.
Penahanan pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa kejadian berlaku di Bandar Sri Indah, di sini.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk permohonan reman. Majistret Dayang Aidaku Amirah Aminuddin kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari sehingga 16 Oktober.
Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dibawa suspek yang dikenali di aplikasi Telegram menaiki kereta Proton Saga ke kawasan belakang sebuah pasar raya di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, di sini kira-kira 4 petang .









