puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) berpandangan tiada keperluan kerajaan untuk membeli khazanah filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk dijadikan aset warisan negara kerana karya Allahyarham kini berada di dalam domain awam dan boleh digunakan secara percuma.
Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, filem- utama P Ramlee yang kini berusia sekitar 60 hingga 70 tahun itu tidak lagi dilindungi hak cipta di bawah Akta Hak Cipta semasa yang hanya memperuntukkan tempoh perlindungan selama 50 tahun bagi karya sinematografi.
"Setiap filem perlu diteliti berdasarkan tarikh dan tempat penerbitan pertama, negara asal, undang-undang hak cipta yang terpakai pada ketika itu, pemilikan hak cipta, serta peruntukan peralihan yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan media.









