Teresa Kok berkata peraturan dan piawaian pendaftaran pusat pembelajaran alternatif perlu disemak semula bagi mengimbangi aspek kualiti pendidikan dengan realiti operasi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula peraturan dan piawaian pendaftaran pusat pembelajaran alternatif bagi mengimbangi aspek kualiti pendidikan dengan realiti operasi.

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan Malaysia mempunyai kumpulan anak muda yang membesar di negara ini tanpa pendidikan dan status kewarganegaraan yang jelas.

Teresa berkata berdasarkan data UNHCR, terdapat 214,079 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, dengan kira-kira 31% atau 64,224 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.