nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mempertimbangkan pelaksanaan projek perintis sekurang-kurangnya enam bulan bagi menguji peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pasar tamu sebelum mekanisme itu diperluaskan secara menyeluruh.
Ahli Dewan Negara, Senator Larry Asap berkata, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan mekanisme pelaksanaan dapat diuji terlebih dahulu.
Ini termasuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahannya serta menilai kesan terhadap pendapatan penjaja dan peniaga kecil di peringkat akar umbi.
"Semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 pada 27 Julai lalu, saya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesediaan kerajaan untuk memperluas skop perbelanjaan SARA ke pasar tamu bagi memberi manfaat kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.






