PETALING JAYA: Tiada keperluan PRK Parlimen Petaling Jaya diadakan selepas kerusi itu dikosongkan Lee Chean Chung memandangkan mandat Parlimen berbaki kurang dua tahun, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Ramlan Harun, berkata pihaknya telah menerima pemakluman mengenai pengosongan kerusi Parlimen itu daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Okt.
Johari memaklumkan kepada SPR bahawa berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.






