Putrajaya: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.105 Petaling Jaya akan diadakan selepas kerusi itu diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.
Beliau berkata, SPR menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Okt 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.
"Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.








