IPOH: Semua pengurusan sekolah dan institusi pendidikan Islam (IPI) Perak diarahkan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan tahap pencemaran udara di kawasan masing-masing.
Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama dan IPI Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua premis IPI yang berada di kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula hari ini, tertakluk kepada pengesahan bacaan dan arahan pihak berkuasa berkaitan.
Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut pula, premis IPI yang terjejas hendaklah ditutup bermula Isnin ini tertakluk kepada pengesahan dan arahan pihak berkuasa berkaitan.








