KUALA LUMPUR: Dua jendela aksi antarabangsa pada November ini dan Mac tahun depan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad Harimau Malaya untuk memburu kemenangan sekali gus meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia sebelum undian kelayakan Piala Dunia 2030/Piala Asia 2031 berlangsung.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, skuad negara perlu meraih keputusan positif dalam setiap perlawanan antarabangsa bagi memastikan Malaysia berada dalam balang terbaik ketika undian kelayakan kejohanan berkenaan dilakukan.

Menurutnya, FAM merancang mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus Tier 1 bagi memberi peluang kepada Harimau Malaya mengutip mata ranking yang diperlukan untuk memperbaiki kedudukan semasa.