Jerebu memaksa semua institusi bawah KPM di Selangor ditutup mulai esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor ditutup mulai esok berikutan jerebu.

Jabatan Pendidikan Selangor memaklumkan penutupan ini selaras kenyataan KPM hari ini, bahawa semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup mulai esok.

Katanya, institusi berkenaan ditutup sepenuhnya mulai 9 Okt sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Selangor.

"Sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid," kata Pengarah Pendidikan Wan Nor Ashikin Abu Kassim dalam kenyataan.