KUALA LUMPUR: Pasaran buruh Malaysia terus berkembang pada Ogos 2026, dengan bilangan tenaga buruh naik 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.39 juta orang.

Selaras dengan itu, kadar penyertaan tenaga buruh meningkat 0.1 mata peratus kepada 71.0 peratus, berbanding 70.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Siaran Statistik Tenaga Buruh, Ogos 2026 berkata, bilangan penduduk bekerja bertambah 0.2 peratus kepada 16.87 juta orang, meningkat daripada 16.85 juta orang pada Julai 2026.

Sementara itu, bilangan penganggur turun 1.7 peratus kepada 511,600 orang berbanding 520,300 orang pada Julai, dengan kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus, daripada 3.0 peratus bulan sebelumnya.