am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Seorang pengutip besi buruk direman empat hari selepas disyaki memukul neneknya menggunakan tali pinggang dan mengugut wanita warga emas itu dengan parang di Batu 1 1/2, Jalan Yong Peng, di sini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman sehingga Ahad ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek memaksa neneknya yang berusia 75 tahun meminta wang daripada jiran untuk menampung perbelanjaannya.

Bagaimanapun, keengganan warga emas itu menyebabkan menyebabkan suspek berang dan bertindak memukulnya.