Alor Setar: Semua institusi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan beroperasi seperti biasa esok meskipun keadaan jerebu melanda beberapa kawasan di negara ini.
JPN Kedah dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua kawasan pemantauan di negeri ini yang direkodkan di bawah paras 100 setakat jam 2 petang hari ini.
Bagaimanapun, katanya operasi semua institusi pendidikan pada Ahad, 11 Oktober itu tertakluk kepada sebarang arahan terbaharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak berkuasa berkaitan.
"JPN Kedah turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung kepentingan menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F498f6f15d62d5326e9fd52326db59841.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

