Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyambut baik peruntukan RM730 juta untuk sektor sukan menerusi Belanjawan 2027 yang disifatkan penting bagi membina generasi juara masa depan.

Beliau berkata, peruntukan itu yang merangkumi RM460 juta bagi pembangunan sukan negara, RM240 juta untuk persiapan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 serta RM30 juta menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan atlet dari peringkat akar umbi hingga ke tahap berprestasi tinggi.

"Bagi badminton, pembangunan bakat mesti bermula di peringkat akar umbi. Justeru, peningkatan 50 peratus peruntukan aktiviti sukan sekolah kepada RM27 juta yang bakal memanfaatkan lebih 4.6 juta murid amat dialu-alukan.