LONDON: Peluang Gianni Infantino untuk dipilih semula sebagai Presiden FIFA tahun hadapan semakin cerah selepas pencabar utamanya, Aleksander Ceferin mengambil keputusan untuk tidak bertanding menentangnya.

Ceferin menjadi pengkritik paling lantang terhadap Infantino sejak presiden FIFA itu terpalit dengan dakwaan cubaan menjual hak pegangan dalam beberapa kejohanan, termasuk Piala Dunia.

Sebagai ketua UEFA, Ceferin memimpin usaha untuk menyatukan ahli-ahli FIFA bagi menentang Infantino yang setakat ini masih bertahan memegang jawatan tersebut di tengah-tengah pelbagai kontroversi.

Infantino sibuk berusaha meraih sokongan selepas reputasinya terjejas teruk berikutan skandal penjualan Piala Dunia itu.