Paris: Bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega menjadi individu pertama yang mengumumkan hasrat untuk mencabar penyandang Gianni Infantino bagi jawatan Presiden FIFA pada pemilihan tahun depan.

Bekas pertahanan tengah Switzerland berusia 55 tahun itu kini terbabit dalam bidang kewangan selepas bersara daripada bola sepak pada 2004.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Vega menyatakan hasrat untuk merebut jawatan tertinggi badan induk bola sepak dunia itu.

Beliau pernah mempertimbangkan untuk bertanding menentang Infantino selepas peletakan jawatan Sepp Blatter susulan skandal rasuah pada 2015.

Vega turut cuba mencabar Infantino pada 2022, namun gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan berkenaan.