hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti keberkesanan serta kesediaan pelaksanaan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) di sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata selaras Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Dasar Pendidikan Digital (DPD), elemen TVET dalam KP2027 akan diintegrasikan secara tidak langsung dalam kurikulum dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah.

Beliau berkata kandungan kurikulum dirangka mengikut tahap perkembangan murid dan tidak bertujuan melatih mereka untuk pekerjaan pada usia terlalu awal.

"Kandungan berkenaan membina asas pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti teknologi, reka bentuk, penghasilan produk, penyelesaian masalah, kreativiti, pemikiran komputasional serta amalan kerja yang selamat.