sukan@hmetro.com.my
Kuching: Strategi bertahan secara kompak pada babak kedua menjadi antara perancangan utama Tampines Rovers FC untuk mengekang kekuatan serangan Kuching City FC dalam aksi pembukaan Piala Shopee 2026/2027 di Stadium Taha Arifin, di sini, malam tadi.
Ketua jurulatih Tampines Rovers FC, Nazri Nasir berkata, pendekatan itu diambil selepas menyedari barisan serangan Kuching City memiliki kualiti dan kekuatan yang mampu memberi ancaman sepanjang perlawanan.
Menurutnya, Tampines memilih untuk lebih bertahan dan menunggu peluang melakukan serangan balas sebagai sebahagian daripada perancangan mereka pada babak kedua.
"Ini memang perancangan kami untuk babak kedua, iaitu bertahan secara kompak di belakang. Kami tahu kekuatan barisan serangan Kuching City sangat kuat, jadi kami perlu lebih bertahan.








