am@hmetro.com.my

Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya menjaga tingkah laku dan mematuhi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung larangan ahli politik menyampaikan ucapan di masjid dan surau.

Katanya, walaupun memegang jawatan EXCO Agama Islam negeri, beliau tidak berani berucap di mana-mana masjid, apatah lagi Pegawai Khas yang mewakilinya.

"Titah Tuanku (Sultan Nazrin) mesti dipatuhi... walaupun saya sebagai Menteri Besar juga EXCO Agama Islam negeri, saya pun tak berani untuk berucap dalam mana-mana masjid.

"Apapun orang yang mendakwa itu kena buktikan, tak boleh tuduh secara melulu," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Inovasi Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini petang semalam.