VIENNA: Iran mesti mengurangkan kapasiti pengayaan uranium secara 'bermakna' jika mahu memenuhi tuntutan Amerika Syarikat (AS) dan menamatkan perang yang sudah memasuki bulan ketujuh, kata Naib Presiden AS, JD Vance.

Tegas beliau, pengurangan ketara dalam kapasiti pengayaan uranium adalah syarat penting untuk memenuhi tuntutan AS dan menamatkan perang.

Dalam temu bual dengan Reuters, Vance mempersoalkan mengapa Iran mempunyai uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus jika negara itu benar-benar tidak mahu menghasilkan senjata nuklear.

"Uranium diperkaya 60 peratus... anda tidak memerlukannya untuk menghasilkan tenaga. Anda tidak memerlukannya untuk apa-apa selain mempunyai uranium yang hampir mencapai tahap gred senjata.