WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pelajar antarabangsa dikenakan bayaran sekurang-kurangnya AS$70,000 (RM285,274) untuk menjalani latihan kerja jika mahu bekerja di negara itu.

Cadangan yang disiarkan dalam notis kerajaan semalam adalah sebahagian daripada tindakan lebih luas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump terhadap pemegang visa asing.

DHS berkata, peraturan baharu itu bertujuan membanteras penipuan, memperkukuh integriti sistem imigresen dan melindungi pekerja AS.

"DHS kini menetapkan bayaran bagi memastikan majikan, pelajar dan institusi menjalankan aktiviti yang sesuai dengan status kemasukan sebagai bukan imigran F-1," kata agensi itu.