Washington: Amerika Syarikat (AS) menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan pendekatan bagi mengawal selia kecerdasan buatan (AI), kata Setiausaha Negara Marco Rubio pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kerajaan AS mewujudkan satu proses, seperti yang anda ketahui. Pengarah Perisikan Negara Jay Clayton mengetuai pasukan petugas itu dan ia akan menentukan bagaimana AS akan berdepan dengan usaha untuk mengawal selia serta mengurangkan potensi keburukan kecerdasan tahap tinggi, selain memanfaatkan perkara baik yang bakal dihasilkannya," kata Rubio pada sidang media bersama Menteri Luar Greece di Athens.

AS perlu memanfaatkan kelebihan AI demi kepentingan negara, kata Rubio.

"Soalannya ialah: Bagaimana kita mengambil manfaat positif daripadanya dan memanfaatkannya dengan cara yang memenuhi kepentingan negara kita? Bagaimana kita mengurangkan atau mencegah bahayanya?