TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan tiada penyelesaian ketenteraan bagi perang Amerika Syarikat (AS) terhadap republik Islam itu, ketika rundingan untuk menamatkan konflik berkenaan dilihat menemui jalan buntu.

Kempen pengeboman besar-besaran gagal menamatkan perang yang dilancarkan AS dan Israel pada akhir Februari secara muktamad, manakala Washington sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengurangkan operasi ketenteraan dan memberi tumpuan kepada tekanan ekonomi.

Pertikaian utama kekal berkisar usaha Iran menyekat Selat Hormuz, laluan penting bagi pengangkutan minyak dan gas dari Teluk, yang menyaksikan sebuah lagi kapal tangki dilaporkan diserang objek tidak dikenali oleh agensi maritim Britain pada Ahad.