New Delhi: Seekor ular berkepala dua yang jarang ditemui berjaya diselamatkan di Gujarat, India, selepas ditemui penduduk di kampung Agaswani.
Memetik NDTV, reptilia luar biasa itu ditemui di kawasan hutan Dhanpur dan dikenal pasti sebagai ular serigala yang tidak berbisa serta secara umumnya tidak berbahaya kepada manusia.
Penduduk kemudian memaklumkan penemuan itu kepada kumpulan pencinta alam sebelum ular berkenaan dibawa ke Dahod untuk pemerhatian dan penjagaan.
Ular sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) itu mempunyai dua kepala yang bersambung pada satu badan dengan setiap kepala mempunyai sepasang mata sendiri.
Keadaan itu dikenali sebagai 'bicephaly', iaitu kelainan perkembangan apabila seekor haiwan mempunyai dua kepala pada satu badan ketika perkembangan embrio.









