am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Gejala buli di negara ini tidak lagi dianggap sekadar isu disiplin sekolah susulan penguatkuasaan Akta Antibuli 2026 (Akta 876) pada Jun lalu.
Ia bakal membawa implikasi perundangan dan kewangan tegas termasuk pengenalan konsep liabiliti bersama terhadap ibu bapa.
Ini termasuk pembayaran pampasan kepada mangsa dengan jumlah mencecah RM250,000.
Peguam, Dr Mahmud Jumaat berkata, kerangka perundangan baharu ini mengambil pendekatan menyeluruh bagi menyekat pelbagai bentuk buli, merangkumi buli fizikal, psikologi, sosial dan siber.








