Melbourne: Kemarau akibat El Nino di Papua New Guinea (PNG) telah melarat menjadi darurat kemanusiaan dengan jutaan penduduk terjejas, menurut menteri bencana negara itu, lapor Xinhua.
Billy Joseph, Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Bencana Negara, memberitahu mesyuarat Port Moresby anjuran Pusat Bencana Nasional (NDC) bahawa keadaan kering yang berpanjangan menjejaskan bekalan air, keselamatan makanan dan kesihatan di beberapa wilayah.
"Ini bukan lagi sekadar musim kemarau yang berlanjutan. Keluarga kehabisan air minum yang selamat, kebun tidak menjadi, kanak-kanak tidak bersekolah dan petugas kesihatan kita semakin tertekan.
"Mendapatkan air, makanan dan sokongan kesihatan kepada masyarakat yang paling teruk terjejas adalah keutamaan segera kerajaan," katanya.






