am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pendekatan membendung buli di sekolah perlu dikaji semula termasuk mewujudkan talian hotline khas dan laporan awam mengenai kes berkenaan bagi memastikan tindakan lebih berkesan dapat diambil.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, laporan berkenaan perlu merangkumi pengajaran yang diperoleh, kelemahan dikenal pasti serta langkah diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Beliau turut mencadangkan supaya ibu bapa dan penjaga yang membantu mencegah atau menghentikan buli diberikan pengiktirafan, selain hukuman berkesan terhadap mereka yang terlibat.
"Ibu bapa dan penjaga juga mesti sentiasa diingatkan bahawa mereka mempunyai peranan dalam mencegah buli.








