PUTRAJAYA – Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di sini pagi ini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.

Ketibaan Aung Hlaing pada pukul 8.55 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Aung Hlaing kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai oleh Mejar Muhammad Nur Addeen Mustaza.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta lain-lain jemaah menteri.