PETALING JAYA – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Pesta Sukan Titiwangsa Futsal 2026 yang akan berlangsung Sabtu ini di SLK Sport Center, Mukim Batu.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan, kejohanan itu bakal menampilkan tiga kategori utama.
Kategori berkenaan adalah Terbuka Titiwangsa, Bawah 18 Tahun Titiwangsa dan Jemputan Wilayah Persekutuan.
“Pesta Sukan Titiwangsa Futsal 2026. Jumpa anda semua di sana!” katanya menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Jumpa di Pesta Sukan Titiwangsa Futsal 2026, Sabtu ini – Johari appeared first on Kosmo Online.









