ADA manusia dikenang kerana kekayaan, kuasa atau pencapaian besar yang terpahat dalam sejarah, namun lelaki ini dikenang atas sesuatu yang jauh lebih sederhana iaitu lengannya.

Selama lebih enam dekad, James Harrison menderma darah dan plasma sehingga digelar The Man with the Golden Arm kerana kandungan antibodi dalam darahnya telah membantu melindungi jutaan bayi daripada penyakit boleh membawa maut.

Meskipun digelar sebagai seorang wira, namun lelaki kelahiran Junee, New South Wales, Australia itu secara peribadi tidak menganggap dirinya sedimikian.

Hakikatnya, hasil sumbangan Harrison telah membantu menyelamatkan kira-kira 2.4 juta bayi.

Dalam satu wawancara yang disiarkan di portal iHeart, Harisson memberitahu, apa yang dia lakukan adalah bakat dikurniakan kepadanya.