Tasek Gelugor: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memohon peruntukan RM40 juta bagi membantu 1,000 usahawan mendapatkan pensijilan halal daripada Kementerian Kewangan (MoF) menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Timbalan Setiausaha Dasar KKDW Datuk Abdul Kahar Abdullah berkata, permohonan itu antara usaha kementerian memperkukuh penyertaan usahawan, khususnya dalam kalangan bumiputera dalam industri halal yang mempunyai prospek besar di pasaran domestik dan antarabangsa.
"Diharapkan permohonan KKDW kepada MoF akan dipertimbangkan bagi belanjawan yang akan diumumkan nanti kerana bantuan ini akan merangkumi aspek dokumentasi dan latihan, termasuk melatih pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang halal untuk menjadi eksekutif halal.








