LONDON – Aksi sempurna ditampilkan England ketika mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Republik Czech pada aksi Kumpulan A3 Liga Negara-Negara Eropah (UNL) yang berlangsung di Wembley awal pagi semalam.

Lebih manis, perlawanan itu turut menyaksikan kapten, Harry Kane menyamai rekod 125 penampilan milik Peter Shilton selain melebarkan rekod jaringan kepada 91 gol selepas dua kali menggegarkan gawang Czech.

Pengurus England, Thomas Tuchel menganggap aksi cemerlang ditampilkan barisan pemainnya adalah disebabkan persaingan yang cukup sengit bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Bagi saya, mungkin ia (persaingan dalam pasukan) menjadi salah satu sebab kami dapat bermain seperti ini. Kredit kepada semua pemain kerana inilah yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.