LONDON: Harry Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi.

Kemenangan itu bukan saja menyaksikan England mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan berkenaan, malah menjadi malam istimewa buat Kane selepas menyamai rekod penampilan terbanyak England milik legenda penjaga gol, Peter Shilton.

Penyerang Bayern Munich itu kemudian melengkapkan malam bersejarahnya dengan meledak gol antarabangsa ke-90 dan ke-91, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman England.

England membuka kempen Liga Negara-Negara dengan kekalahan tipis 2-3 kepada juara dunia, Sepanyol, sebelum bangkit menewaskan Republik Czech 2-0 di Prague dan membelasah Croatia 7-0.