SPLIT (Croatia): Mikel Merino meledak dua gol untuk membantu juara Piala Dunia, Sepanyol mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menewaskan Croatia 2-1, awal pagi tadi.
Ivan Perisic meletakkan Croatia di depan, namun pemain gantian, Merino, menyamakan kedudukan buat Sepanyol pada awal babak kedua.
Perisic kemudian dilayangkan kad merah 10 minit sebelum tamat permainan selepas menerima kad kuning kedua, sebelum Merino membantu Sepanyol memanfaatkan kelebihan itu menerusi penyudah menarik untuk melangkah ke kelompok lapan terbaik dengan berbaki dua perlawanan.
"Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan, satu lagi perlawanan yang menyaksikan giliran saya untuk menjaringkan gol sebagai pemain gantian.






