London: Harry Kane tidak menolak kemungkinan mengejar Cristiano Ronaldo di puncak carta penjaring terbanyak antarabangsa selepas meledak dua gol ketika membantu England menewaskan Republik Czech 3-0 di Wembley, awal pagi tadi.
Jaringan itu hadir ketika Kane menyamai rekod 125 penampilan England milik legenda penjaga gol, Peter Shilton, sekali gus menjadikan perlawanan berkenaan lebih bermakna buat kapten England itu.
Kane kini mengumpul 91 gol antarabangsa, namun masih ketinggalan 55 gol di belakang Ronaldo yang memegang rekod dunia dengan 146 jaringan bersama Portugal.
"Kita lihat sejauh mana kita boleh pergi. Kita bermula dengan lebih 50 gol. Ia masih terlalu jauh buat masa ini, tetapi siapa tahu?... Saya berada dalam keadaan yang sangat baik," kata Kane.









