asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Fakhrul Hatta Musa dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berkuat kuasa kelmarin.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, terdapat kisah di sebalik lencana pin ('lapel pin') Harimau Malaya yang dipakai Fakhrul Hatta ketika menerima watikah pelantikan itu.

"Ia mengingatkan kita kepada legasi Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali iaitu penaung rasmi pertama Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dilancarkan pada 2019.

"Allahyarham begitu konsisten menyokong usaha pemuliharaan spesies ikonik negara termasuk menggesa masyarakat berganding bahu melindungi Harimau Malaya serta habitatnya demi generasi akan datang.