Paris: Presiden Perancis Emmanuel Macron memanggil mesyuarat krisis pada Selasa bagi membincangkan kekacauan terkini susulan protes yang semakin meluas berhubung keadaan sekolah di Perancis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.
Perdana Menteri Sebastien Lecornu, Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez dan Menteri Pendidikan Edouard Geffray dijangka menghadiri mesyuarat itu, menurut penyiar BFMTV serta akhbar 'Le Monde' dan 'Le Parisien.'
Macron setakat ini tidak terbabit dalam tindak balas kerajaan terhadap protes sekolah yang bermula seminggu lepas.
Ketika protes di seluruh negara pada Selasa, demonstrasi diadakan di Paris dan beberapa bandar utama lain.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, seramai 256,000 orang menyertai protes berkenaan.









