am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen (Imigresen) akan mempunyai akses kepada perkongsian data masa nyata dengan beberapa agensi kerajaan menerusi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, NIISe akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) secara berperingkat dengan penambahbaikan termasuk saringan awal yang lebih menyeluruh, pemprofilan risiko pengembara serta integrasi dan perkongsian data secara masa nyata antara pelbagai agensi.

"Ini termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Interpol, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Pengangkutan bagi menyokong pengawasan sempadan secara menyeluruh," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.